Wei Lun raih 'durian runtuh' RM15,000 - Utusan Malaysia

Wei Lun raih ‘durian runtuh’ RM15,000

(Dari kiri) Muhammad Ashaari Zainal Abidin, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, Chew Wei Lun , Siti Noor Iasah Ariffin serta Sallehudin Mohd. Noh dalam majlis pemberian insentif Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 oleh kerajaan negeri Johor di Kota Iskandar hari ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Chew Wei Lun mengetuai senarai atlet Johor yang menerima insentif daripada kerajaan negeri atas kejayaan cemerlang di peringkat Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 hari ini.

Kejayaan memenangi pingat perak acara boccia di temasya Paralimpik Tokyo membolehkan Wei Lun meraih insentif RM15,000, yang disampaikan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad.

Seorang lagi atlet paralimpik, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin yang bersaing dalam acara olahraga 400 meter T20 serta dua jurulatih, Sallehudin Mohd. Noh (para basikal) dan Muhammad Ashaari Zainal Abidin (para tenis) turut menerima RM5,000 setiap seorang.

Turut menerima insentif atas kejayaan melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo ialah atlet berbasikal, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, Nur Aisyah Jamil (pelayaran), Kelly Tan Guat Chen (golf) dan Syaqiera Mashayikh (memanah).

Menurut Wei Lun, semangatnya kini kian membara untuk kembali beraksi di Paris 2024, namun fokus utama adalah cuba mengumpul mata mencukupi bagi melayakkan diri ke temasya berkenaan.

HASNI Mohammad menyampaikan insentif RM15,000 kepada Chew Wei Lun di Kota Iskandar, Johor. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

“Paralimpik (Paris 2024) lama lagi, untuk layak kita perlu pastikan kutipan mata, tetapi saya mungkin akan sertainya.

“Soal pingat, itu bukan sasaran utama kerana memang dari awal sertai Paralimpik Tokyo 2020 pun tidak sasarkan pingat sebalik hanya mahu perkenalkan sukan ini kepada lebih ramai orang, tetapi tak sangka boleh dapat pingat,” katanya.

Wei Lun yang tidak diletakkan sebagai prospek pingat mencipta sejarah di Tokyo 2020 apabila menghadiahkan pingat perak menerusi acara boccia individu campuran BC1.

Dalam saingan akhir, dia terpaksa akur kepada juara dunia dari Great Britain, David Smith selepas tewas 2-4 (2-0, 0-1, 0-1, 0-2).

Diberi gelaran ‘silent killer’, Wei Lun mencipta beberapa kejutan termasuk mengalahkan pemenang pingat perak London 2012, Zhang Qi dari China dan mengejutkan pemain No. 2 dunia yang juga pemenang pingat emas Sukan Para Asia 2018 dari Thailand, Witsanu Huadpradit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya