Villarreal mahu tambah derita Manchester United - Utusan Malaysia

Villarreal mahu tambah derita Manchester United

PEMAIN Manchester United menjalani latihan akhir di Pusat Latihan Carrington, Manchester semalam dalam persiapan menghadapi Villarreal pada saingan Liga Juara-Juara. - IHSAN MANCHESTER UNITED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Villarreal sedia merobek gawang Manchester United dan menambah derita Red Devils apabila kedua-dua pasukan berentap dalam sai­ngan Liga Juara-Juara esok.

Selepas dikejutkan 2-1 oleh Young Boys pada aksi pembukaan, Rabu lalu dan tumpas 0-1 di tangan Aston Villa pada sai­ngan domestik hujung minggu lepas, United mahu mahu bangkit di Old Trafford.

Begitupun Villarreal ya­kin mereka memiliki benteng berkualiti untuk menyekat United, dan kekebalan mereka terbukti selepas mengikat Real Madrid 0-0 dalam aksi La Liga hujung minggu lalu.

Pertemuan terakhir menentang United dalam final Liga Europa, Mei lalu berkesudahan 1-1, namun Villarreal menumpaskan Red Devils menerusi penentuan sepakan penalti 11-10.

PEMAIN Villarreal berlatih di Ciudad Deportiva Villarreal, Vila-Real, Sepanyol semalam menjelang pertemuan Liga Juara-Juara dengan Manchester United. – AFP

“Villarreal sudah membuktikan kepada Manchester United, mereka tidaklah terlalu unggul. Kemenangan dalam final Liga Europa masih segar diingatan, dan akan membangkitkan keyakinan pemain.

“Bagaimanapun kami sentiasa turun dengan rasa rendah diri, cuba memahami permainan dan belajar menderita jika perlu menderita,” pertahanan Villarreal, Juan Foyth.

Sementara itu, pengurus United, Ole Gunnar Solksjaer berjanji pasukannya akan bangkit dengan melakar kemena­ngan pertama di pentas Eropah.

“Kami tiada pilihan kecuali mengelak satu lagi kekalahan untuk mengembalikan keyakinan pasukan,” katanya.

Bagaimanapun United berdepan kebimbangan apabila dua tonggak pertahanan, Harry Maguire dan Luke Shaw belum pasti dapat diturunkan akibat kecederaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya