LONDON: Rekod tanpa kalah Manchester United dan Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris lebur, malah lebih malang lagi kedua-dua pasukan tumbang di laman sendiri sebentar tadi.
United dimalukan 1-0 oleh Aston Villa di Old Trafford, manakala juara Eropah, Chelsea terpaksa akur dengan kekalahan 0-1 kepada penyandang juara Liga Perdana, Manchester City di Stamford Bridge.
Jaringan Kortney Hause pada minit ke-88 sudah cukup untuk menghadiahkan kemenangan sensasi buat Villa.
Chelsea pula dihukum oleh gol tunggal Gabriel Jesus pada minit ke-53.