LONDON: Baik Tottenham mahupun Arsenal, dua kelab London itu akan berentap dalam aksi Liga Perdana Inggeris hari ini bersama rekod kurang menyenangkan dan turun bersama misi memulihkan imej.
Memulakan kempen dengan baik, Spurs berdepan kemerosotan prestasi, terutama selepas kalah 0-3 kepada Chelsea di tempat sendiri, 19 September lalu dan tumpas 0-3 di Crystal Palace pada 11 September.
Terdesak untuk mengelak kekalahan ketiga berturut-turut, pengendali pasukan, Nuno Espirito Santo sedia menurunkan barisan terbaik, dan kepulangan bintang tengah Brazil, Lucas Moura yang disisihkan dalam tiga aksi terakhir akibat kecederaan berita paling melegakan.
“Amat penting kami dapat menurunkan seramai boleh barisan terbaik. Kepulangan Lucas juga akan memberi penyelesaian kepada masalah di bahagian depan,” kata Nuno.
? NLD ready.
? @getir_UK pic.twitter.com/wTIxEWoX5Z
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) September 24, 2021
Gandingan Son Heung-min dan Harry Kane yang tajam musim lalu diharap kembali menyerlah.
Heung-min mempamer aksi cemerlang di awal musim, namun Kane yang gagal untuk berpindah ke Manchester City tidak berada pada prestasi terbaik setakat ini.
Keberkesanan taktikal Nuno bersama Tottenham juga akan diuji sekali lagi.
Ia jelas kurang berkesan pada awal musim dan Spurs gagal menunjukkan aksi meyakinkan sejak diambil alih oleh pengurus dari Portugal itu.
JANGAN ‘PANAS BARAN’
Memulakan kempen dengan tiga kekalahan, kemenangan tipis 1-0 dalam dua aksi terakhir ke atas Norwich serta Burnley mengurangkan tekanan Mikel Arteta.
Pengurus Arsenal itu bagaimanapun menggesa pemain agar menjaga tingkah laku dan tidak melayan provokasi.
Gunners kembali mendapat sentuhan Granit Xhaka yang baru tamat penggantungan selepas menerima kad merah ketika tewas 5-0 kepada Manchester City 28 Ogos lalu.
⏰ Training time!
? London Colney
?️ Getting set for Sunday? Watch our brand new training edit ahead of #ARSTOT now ?
— Arsenal (@Arsenal) September 24, 2021
Arteta tidak mahu drama kad merah membayangi Arsenal seperti musim lalu kerana ia akan menjejaskan peluang pasukan.
“Kalau kami mengulangi apa yang berlaku tahun lalu, di mana kami bermain dalam empat atau lima perlawanan dengan 10 pemain, pasukan pasti bergelut,” katanya.
Pierre-Emerick Aubameyang yang kembali menemui sentuhan sekali lagi menjadi sandaran Arsenal untuk membolosi gawang lawan.