Tok Gajah mahu mula langkah kanan - Utusan Malaysia

Tok Gajah mahu mula langkah kanan

PAHANG mahu kempen Piala Malaysia dibuka dengan menumpaskan KL City di Cheras malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Juara empat kali, Sri Pahang mahu kempen Kumpulan A dibuka dengan membenam Kuala Lumpur (KL) City malam ini biarpun tanpa penyerang Myanmar, Aung Kaung Mann.

Pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh yakin tiga mata boleh dibawa pulang dari Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras kerana Pahang masih memiliki Kenny Athiu untuk digandingkan dengan Manuel ­Hidalgo atau Abdul Malik Mat Arif.

“Tanpa Aung Kaung Mann yang cedera, saya masih memiliki beberapa pemain yang boleh diharapkan untuk diletakkan di posisi penyerang,” kata bekas jurulatih kebangsaan itu.

Aung Kaung Mann tidak dapat beraksi akibat kecederaan.

Menurutnya, perhatian kini lebih tertumpu kepada jentera serangan kerana Sri Pahang tidak mempunyai masalah besar di posisi tengah mahu pun pertahanan.

Dalam sejarah 100 tahun ­Piala Malaysia, skuad Tok Gajah berjaya mara ke perlawanan akhir lapan kali dengan empat kali berjaya membawa pulang trofi ke Kuantan.

Sentuhan magis Dollah menjadi sandaran Sri Pahang untuk mengulangi kejayaan kali pertama muncul pada 1983 menewaskan Selangor dan terakhir pada 2014 selepas mengalahkan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Turut diletak dalam Kumpulan A adalah Penang FC dan Sarawak United.

Menang ke atas Kuala Lumpur malam esok sudah tentu dianggap motivasi terbaik untuk kesebelasan skuad Tok Gajah sebelum melangkah lebih jauh dalam aksi merebut piala berprestij berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya