The Red Warriors terkulai di laman sendiri - Utusan Malaysia

The Red Warriors terkulai di laman sendiri

PEMAIN JDT II meraikan kejayaan menumpaskan Kelantan FC dalam aksi Liga Perdana di Kota Bharu hari ini. - IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan FC nyata bukan tandingan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) apabila tumpas 0-3 di tangan pasukan dari selatan tanah air itu dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Pasukan pelawat bertindak garang sejak awal permainan dnegan membuka jaringan pada minit ke-11 menerusi tandukan kencang kapten Mohamad Fadhli Shas hasil sepakan sudut Stuart John Wilkin yang melepasi jangkauan penjaga gawang Kelantan FC, Faridzuen Kamarudin.

Dua minit berselang, Fernando Rodriguez mengukuhkan cengkaman JDT II apabila meledak jaringan kedua pelawat.

FERNANDO Rodriguez turut memahat nama sebagai penjaring JDT II.

Tuan rumah yang tersentak dengan dua jaringan pelawat cuba bangkit pada minit ke-21, namun rembatan Natanael Ringo berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol JDT II, T. Shaheeswaran untuk menyelamatkan keadaan.

Peluang terbaik Kelantan FC merapatkan jurang jaringan hadir pada minit ke-40, tetapi rembatan padu Muhammad Izaffiq Ruzi sekadar mengegar sisi jaringan gol pelawat dan keputusan itu kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Natanael Ringgo hampir  menghadiahkan gol pertama Kelantan FC pada minit ke-51, namun tandukannya terus ke dakapan Shaheeswaran.

KEI Hirose melengkapkan gol ketiga JDT II.

Keghairan Kelantan FC mencari jaringan sulung dihukum dengan jaringan ketiga JDT menerusi rembatan Kei Hirose pada minit ke-56 yang gagal diselamatkan Faridzuean.

Kemenangan itu membolehkan JDT II memintas Terengganu FC II untuk melonjak ke tangga ketiga liga dengan 33 mata, lima mata di belakang pendahulu, Negeri Sembilan.

Kelantan FC yang mengalami kekalahan kesembilan musim ini kekal di tangga ketujuh dengan 24 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya