The Red Warriors mahu bangkit - Utusan Malaysia

The Red Warriors mahu bangkit

PASUKAN Kelantan sedia bangkit menumpaskan Sabah dalam aksi kedua Piala Malaysia petang ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pemain Kelantan FC perlu segera melupakan kekalahan 0-2 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT), Isnin lalu sebaliknya fokus untuk berdepan Sabah FC dalam aksi kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini petang ini.

Penolong jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya berkata, tumpuan penuh amat dituntut bagi memastikan The Red Warriors (TRW) tidak terus keciciran mata dalam Kumpulan D kerana ia akan menyulitkan peluang mereka.

“Pertemuan dengan Sabah FC cukup penting buat TRW kerana saingan Piala Malaysia hanya ada enam perlawanan.

“Kita pemain kekal fokus dalam setiap perlawanan dan ia ibarat final. Saya optimis kita mampu meraih keputusan positif untuk baki perlawanan selepas ini sekiranya terus fokus” katanya.

Kata Rezal, TRW akan membuat sedikit rombakan selepas kehilangan beberapa tonggak mengalami kecederaan ketika berdepan JDT.

Katanya, sungguhpun begitu Kelantan FC akan menyediakan ramuan terbaik berdepan skuad Tamadau bagi memastikan tiga mata dapat dipungut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya