The Red Warriors buru pemain bintang - Utusan Malaysia

The Red Warriors buru pemain bintang

KELANTAN FC akan diberi nafas baharu musim depan bagi memberi cabaran serius dalam Liga Malaysia. – IHSAN TRW KELANTAN FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas menggunakan tenaga muda dan pemain kurang ternama musim ini sebagai langkah penjimatan, Kelantan FC bersedia memburu lebih ramai bintang untuk menghadapi Liga Malaysia (Liga M) 2022.

Gagal menempatkan diri ke Liga Super musim depan, pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman percaya, beliau perlu meningkatkan pelaburan mendapatkan nama besar bagi memperkuatkan pasukan.

NORIZAM TUKIMAN

“Insya-Allah, musim depan saya bercadang nak labur lebih untuk dapat pemain-pemain bintang bagi menguatkan TRW (The Red Warriors) Kelantan FC.

“Saya sedang dalam proses buat padang latihan yang lebih standard untuk TRW. Doakan ya,” kata Norizam dalam Facebook ZamSaham.

Menggunakan rata-rata pemain tempatan dan import baharu, Kelantan menduduki tangga ketujuh menerusi 24 mata ketika ini.

Daripada 18 perlawanan, mereka meraih tujuh kemena­ngan, tiga seri dan lapan kekalahan.

TRW juga masih berpeluang layak ke Piala Malaysia musim ini dengan syarat menewaskan Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Sabtu ini dan Se­langor II, Selasa depan, sambil berharap Kuching City gagal meraih kemenangan.

Norizam yang mengambil alih Kelantan FC pada September 2020 berjaya melakukan transformasi daripada pasukan yang dibebani hutang kini sedikit demi sedikit mengukuh­kan kedudukan.

Usahawan dari Johor itu memperkenalkan pelbagai projek menjana pendapatan, malah bercadang membuka kafe TRW.

“Sebagai menambah pendapatan Kelantan FC, TRW Cafe bakal dibuka di Kelantan. Insya-Allah, doakan,” katanya yang turut mengesahkan bakal menerima pelabur baharu dengan nilai jutaan ringgit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya