The Bos Gaurus ‘di ambang maut’ - Utusan Malaysia

The Bos Gaurus ‘di ambang maut’

PEMAIN Perak menjalani latihan akhir di Ipoh dalam persiapan menghadapi Melaka. – IHSAN PERAK FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak bertandang ke Melaka malam ini dengan menyedari, saingan Liga Perdana menggamit Bos Gaurus musim depan jika mereka hilang walaupun satu mata daripada baki dua perlawanan Liga Super.

Dalam kata lain, Perak wajib menewaskan Melaka United, diikuti Sabah dalam perlawanan terakhir pada 12 September untuk menyelamatkan diri.

Pengurus Besar Perak FC, Azman Noh mahu pemain me­ngulangi aksi bertenaga ketika menentang Kedah, Sabtu lalu biarpun tewas 0-1 di Alor Setar ketika itu.

“Ia sebenarnya persembahan terbaik daripada pemain Perak.

“Mereka melakukan segalanya dengan baik, cuma malang kami tidak berjaya jaringkan sebarang gol.

“Jika prestasi tersebut mampu diulangi, saya yakin Perak boleh mencatat keputusan baik di Melaka nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Azman berkata, Bos Gaurus masih mampu menyelamatkan diri jika memenangi dua baki perlawanan mereka.

Ketika ini, Melaka dan Sabah juga tidak berada pada prestasi terbaik, situasi yang harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemain untuk memburu tiga mata.

“Secara matematik peluang Perak masih ada jika menang baki dua perlawanan ini.

“Kita akan hadapi perlawanan demi perlawanan untuk mengelak tekanan kepada pasukan,” katanya.

Apapun Azman menegaskan, beliau bersedia menerima apa juga keputusan serta hala tuju Perak FC sekiranya turun ke Liga Perdana musim depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya