Singapura tuan rumah Piala AFF - Utusan Malaysia

Singapura tuan rumah Piala AFF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Singapura dipilih sebagai tuan rumah Piala AFF yang dijadual berlangsung dari 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022.

Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) sebelum ini mengumumkan kejohanan akan diadakan secara karnival di satu venue ekoran pandemik Covid-19

Tiada lagi format ‘home‘ dan ‘away‘ kerana AFF mahu kejohanan diadakan dalam persekitaran selamat buat semua pasukan, pegawai dan penyokong.

Setelah mengadakan perbincangan, Singapura disahkan sebagai tuan rumah edisi kali ini oleh Majlis AFF yang bermesyuarat secara maya hari ini.

Tidak ada perubahan pada format pertandingan utama dengan setiap pasukan bermain empat perlawanan dalam sistem round robin di peringkat kumpulan.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan mara separuh akhir dan final dimainkan dalam format dua peringkat.

Vietnam yang turun sebagai juara bertahan diundi bersama Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Laos dalam Kumpulan B.

Juara lima kali, Thailand akan berdepan juara empat kali, Singapura, selain Filipina, Myanmar dan pemenang di antara Brunei atau Timor Leste dalam Kumpulan A.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya