‘Silent Killer’ banggakan Malaysia, ubat duka Ziyad - Utusan Malaysia

‘Silent Killer’ banggakan Malaysia, ubat duka Ziyad

HEW Wei Lun memberi tentangan sengit kepada juara dunia, David Smith dalam perebutan emas acara boccia campuran individu BC1 Sukan Paralimpik 2020 di Gimnasium Ariake Tokyo semalam. – IHSAN TEAM MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun tiada butiran emas dijelmakan Chew Wei Lun, kejayaan mara ke ­final dan hampir mengejutkan bintang Great Bri­tain, David Smith dalam pe­rebutan emas boccia campuran individu BC1 semalam pencapaian yang amat membanggakan.

Turun menentang juara dunia dan pemain No. 1 dunia, Wei Lun yang beraksi dari ranking ke-11 dunia terpaksa akur dengan kehebatan Smith selepas tewas 2-4 (2-0, 0-1, 0-1, 0-2) dalam final Sukan Paralimpik di Gimnasium Ariake Tokyo.

Pujian perlu diberi kepada Wei Lun yang memberi tenta­ngan sengit dengan mendahului set pertama dan kedua, sebelum Smith mempamer kebangkitan pada set ketiga serta keempat untuk memastikan pingat emas menjadi miliknya.

Ketua Kontinjen Negara (CDM), Datuk Seri Megat Shahriman Zaharudin mengakui, kejayaan Wei Lun satu kejutan buat kem negara kerana atlet itu tidak diletak sebagai prospek pingat.

Katanya, kejayaan ini juga sedikit mengubat kekecewaan Malaysia yang kehilangan emas menerusi Muhammad Ziyad Zolkefli apabila Jawatankuasa Rayuan Olahraga Para

Dunia menolak rayuan atlet negara untuk membatalkan keputusan final lontar peluru F20.

“Kejayaan Wei Lun satu kejutan buat negara dan sukan itu. Walaupun penampilan pertamanya di Pa­ralimpik tetapi dia menunjukkan aksi cukup cemerlang.

“Dapat dilihat tadi juara dunia sendiri kelihatan terkejut de­ngan aksi dipamerkan Wei Lun. Dia mendahului pada set pertama dan kedua sebelum tewas pada set berikutnya.

MEGAT D Shahriman bersama Hew Wei Lun.

“Ini kejayaan yang besar dan menggembirakan negara. Ia juga sedikit sebanyak mengubat kekecewaan yang kita semalam (pembatalan pingat emas Ziyad).

“Semangat dia di final cukup luar biasa dan tidak gentar berdepan pemain No.1 dunia,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Wei Lun yang diiberi gelaran ‘silent killer’ mencipta beberapa kejutan sebelum tampil di pentas akhir termasuk menewaskan pemain No. 2 dunia dari Thailand, Witsanu Huadpradit di peringkat kumpulan dan menyingkirkan pemenang pingat perak temasya London 2012, Zhang Qi dari China di suku akhir.

Sementara itu, Megat D Shahriman optimis bahawa lebih banyak pingat termasuk emas mampu dijelmakan kontinjen negara di temasya itu, menerusi beberapa atlet lain yang bakal turun bertan­ding.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya