Sherman, Ataya kembali mantapkan Kedah - Utusan Malaysia

Sherman, Ataya kembali mantapkan Kedah

KPAH SHERMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kepulangan dua tonggak import, Kpah Sherman dan Rabih Ataya ke pangkuan Kedah selepas menamatkan tugasan bersama skuad kebangsaan masing-masing mampu memantapkan pasukan menjelang saingan Piala Malaysia bermula Sabtu depan.

Ketua Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak berkata, kepula­ngan kedua-dua pemain yang sering mendatangkan masalah kepada pertahanan lawan bakal memberikan lebih pilihan kepadanya untuk melengkapkan pasukan.

“Pengalaman mereka ­beraksi bersama pasukan kebangsaan masing-ma­sing dapat membantu memperkukuhkan pasukan ini.

“Kehadiran mereka juga diharap menambah motivasi kepada seluruh pasukan untuk memberi yang terbaik dalam saingan Piala Malaysia nanti,” katanya kepada Mingguan Malaysia semalam.

KEPULANGAN Rabih Ataya (tengah) menambah kekuatan Kedah.

Difahamkan, kedua-dua pemain masih menjalani kuarantin sebelum kembali ke padang latihan sebagai persediaan menghadapi Piala Malaysia.

Sebelum ini Sherman dan Ataya terlepas empat perlawanan terakhir Liga Super setelah dipanggil membantu pasukan negara masing-masing untuk pusingan kelayakan Piala Dunia 2022.

Sementara itu, jurulatih dari Singapura tersebut membayangkan saingan Piala Malaysia kali ini tidak akan menjadi mudah buat anak-anak didiknya.

“Semua pasukan akan berikan sehabis baik bagi merangkul kejuaraan Piala Malaysia yang memasuki edisi ke-100. Tambahan pula, rata-rata pemain mahu menjamin kontrak mereka bersama pasukan yang diwakili,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya