Selangor menang nasib? - Utusan Malaysia

Selangor menang nasib?

PEMAIN Selangor meraikan sepakan penalti Ifedayo Olusegun yang membawa kepada kemenangan 1-0 ke atas Perak dalam aksi pembukaan Kumpulan B, Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya kelmarin. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Selangor bernasib baik.”

Itu kata-kata yang keluar dari mulut pengendali Red Giants, Karsten Neitzel selepas pasukannya memerlukan sepakan pe­nalti ketika menumpaskan Perak 1-0 dalam aksi pembukaan Piala Malaysia kelmarin.

Dicanang sebagai pilihan untuk menjuarai Piala Malaysia 2021 dan turun dengan misi memburu kejuaraan ke-34, Sela­ngor bagaimanapun bergelut untuk menumpaskan Bos Gaurus, pasukan kedua tercorot Liga Super yang tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

Kata Neitzel, Perak mempunyai dua peluang terbaik pada babak pertama ketika anak-anak buahnya pula melakukan banyak kesilapan hantaran, selain kehilangan Oliver Buff.

“Apa yang penting kami dapat tiga mata untuk permulaan Piala Malaysia. Sejujurnya kami bernasib baik terutama pada babak pertama apabila lawan mempunyai dua peluang terbaik untuk menjaringkan gol.

IFEDAYO Olusegun melakukan percubaan yang gagal menghasilkan gol ketika membantu Selangor menentang Perak di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya kelmarin. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

“Kami menguasai perlawanan tetapi banyak melakukan kesilapan dari segi hantaran terutama pada babak pertama. Hantaran jauh lawan berbahaya termasuk Nana Poku (pe­nyerang Perak).

“Selepas kehilangan Oli pada minit ke-25, jentera tengah sedikit longgar. Kami perlu memperbaiki kelemahan dan mempersiapkan diri untuk perlawanan seterus­nya berdepan Terengganu,” katanya.

Selangor bernasib baik memperolehi sepakan penalti pada minit ke-80 dan ia disempurnakan penjaring terbanyak Liga Super, Ifedayo Olusegun.

Sementara itu, jurulatih Perak, Shahril Nizam berpuas hati de­ngan prestasi pemainnya dalam perlawanan tersebut.

“Secara keseluruhan saya amat berpuas hati walaupun kita tewas. Dari yang saya rancang mereka melakukannya dengan baik.

“Sedikit kesilapan membuat kita dihukum. Pada separuh masa pertama kita mempu­nyai beberapa peluang dan sepatutnya diterjemahkan menjadi gol tapi inilah bola sepak,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya