Selangor, KL City lawan yang cuba dielak - Utusan Malaysia

Selangor, KL City lawan yang cuba dielak

JUARA 33 kali, Selangor antara pencabar utama Piala Malaysia musim ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua pasukan yang mengisi balang dua, Selangor dan Kuala Lumpur City (KL City) menjadi pasukan yang mahu dielakkan terutama oleh Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah, Penang FC dan Terengganu FC yang berada di balang satu dalam undian 100 tahun Piala Malaysia hari ini.

Kedua-dua pasukan tersebut berada di prestasi terbaik menuju penghujung saingan Liga Super yang menyaksikan mereka boleh menewaskan sesiapa sahaja dalam Piala Malaysia.

Menurut penganalisis Liga Malaysia yang juga bekas penyerang kebangsaan, Rudie Ramli, mana-mana pasukan yang akan diundi bersama dua pasukan ini bakal berdepan saingan sengit di peringkat kumpulan.

“Kalau kita tengok persembahan Selangor dan KL City kebelakangan ini, mereka pencabar terbesar buat pasukan-pasukan di balang satu. Biarpun Selangor tewas kepada PJ City pada aksi terakhir namun dalam beberapa perlawanan sebelum itu, mereka ada adunan pemain senior dan junior yang begitu baik.

KUALA Lumpur City menunjukkan prestasi baik menuju ke penghujung musim.

“Mereka tampil cemerlang dalam kebanyakan perlawanan di tempat lawan dan secara keseluruhan, kualiti mereka tidak jauh dengan empat pasukan tangga teratas. KL City pula mempunyai rekod menakjubkan apabila tidak tewas dalam 11 perlawanan di tempat sendiri walaupun mereka ada masalah ketiadaan penyerang import, ” katanya.

Sebanyak 11 pasukan Liga Super telah mengesahkan tempat, selain dua dari Liga Perdana, Negeri Sembilan dan Sarawak United sementara baki tiga lagi slot ke Piala Malaysia akan ditentukan antara empat pasukan iaitu membabitkan PDRM, Kuching City, Kelantan FC dan Kelantan United.

Selain balang satu dan dua, balang tiga akan menempatkan empat pasukan dari tangga kesembilan hingga ke-11 Liga Super iaitu Sabah, Sri Pahang dan Perak, manakala satu lagi akan diisi juara Liga Perdana.

Balang empat pula diisi pasukan di tangga kedua hingga kelima tanpa mengambil kira kedudukan pasukan simpanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya