Sarawak optimis julang kejuaraan - Utusan Malaysia

Sarawak optimis julang kejuaraan

PEMAIN Sarawak United turun dengan misi menumpaskan Negeri Sembilan hari ini, sekali gus bakal dinobatkan sebagai juara Liga Perdana lebih awal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Kekalahan 0-1 kepada Kuching City Selasa lalu tidak mencemaskan Sarawak United, sebaliknya skuad Ke­nyalang turun dengan sema­ngat untuk menumpaskan Negeri Sembilan hari ini, sekali gus menjulang kejuaraan Liga Perdana.

Tewas kepada Negeri Sembilan bermakna penentuan gelaran akan ditentukan dalam perlawanan terakhir liga, namun ia tidak mudah kerana Sarawak perlu berdepan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pada aksi penutup musim.

Ketika Liga Perdana berbaki dua perlawanan, Sarawak mengungguli saingan dengan 37 mata, hanya dua mata meninggalkan Negeri Sembilan, yang akan bertemu PDRM dalam aksi terakhir.

Dengan kedua-dua pasukan sudahpun mengesahkan tiket ke Liga Super musim depan, pere­butan gelaran Liga Perdana menjadi tumpuan utama peminat bola sepak tempatan ketika ini.

Pengendali Sarawak United, E. Elavarasan menyifatkan perlawanan hari ini sebagai misi hidup mati pasukannya dalam memburu kejuaraan liga.

Menurut Elavarasan, skuad bimbingannya itu amat memerlukan kemenangan bagi menokhtahkan bersaingan tanpa perlu menunggu aksi penutup.

“Kedudukan kami masih tidak berganjak, malah mempunyai kelebihan dua mata. Bagaimanapun, Negeri Sembilan berpeluang memintas jika menang.

“Jadi, kami tidak akan membenarkan perkara itu berlaku dan wajib menang bagi memastikan piala Liga Perdana dalam genggaman.

“Jika seri, perlawanan akhir liga menentang Johor Darul Ta’zim II di tempat lawan akan menjadi penentuan dan kami akan pastikan ia tidak berlaku,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya