Sang Kancil tak rela disambar helang - Utusan Malaysia

Sang Kancil tak rela disambar helang

PEMAIN Melaka United menjalani latihan akhir di Padang Bola Sepak Mada, Jeragan, Alor Setar semalam dalam persiapan menghadapi Kedah pada aksi Piala Malaysia malam ini. - IHSAN MELAKA UNITED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Cukuplah dikecewakan dua kali dalam Liga Super, Melaka United tekad untuk tidak membenarkan kekalahan berulang apabila menentang Kedah buat kali ketiga musim ini dalam Piala Malaysia malam ini.

Skuad Sang Kancil tumpas 1-4 pada pertemuan terakhir di Alor Setar, 12 September lalu, selain kalah 1-3 di tempat sendiri pada 30 April.

Melaka bukan sahaja tidak rela dikalahkan, malah turun dengan misi membawa pulang tiga mata dalam perlawanan kedua Kumpulan C di Stadium Darul Aman.

Biarpun memiliki rekod buruk menentang Lang Merah, namun anak-anak buah Zainal Abidin Hassan sama sekali tidak akan menggunakan pendekatan bertahan.

ZAINAL ABIDIN HASSAN

“Kemenangan ke atas Negeri Sembilan (2-0, Isnin lalu) membuktikan barisan pemain kami telah tunjukkan peningkatan terutama benteng pertahanan.

“Apabila mendahului, pertahanan mampu bertahan hingga ke wisel penamat dan ini perlu dilakukan ketika berdepan Kedah.

“Kali ini skuad Melaka turun ke Stadium Darul Aman dengan barisan yang lebih berdisiplin,” kata Zainal Abidin kepada Utusan Malaysia.

Kata jurulatih itu, kesebelasan utama yang akan diturunkan berdepan Kedah malam ini jauh lebih mantap dalam usaha untuk mengelak daripada mengalami kekalahan.

“Sasaran Melaka adalah memburu dua tempat dalam kumpulan C. Selepas menang dengan Negeri Sembilan rekod permulaan ini harus dipertahankan,” ujarnya.

Ujarnya, skuad Sang Kancil yang turun berdepan Kedah bukan untuk bertahan semata-mata sebaliknya untuk mengutip tiga mata penuh.

Katanya, Giovane Gomez tidak diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Negeri Sembilan kerana peraturan menetapkan hanya empat pemain import boleh disenaraikan berdepan skuad dari Liga Perdana.

Begitupun berdepan Kedah , pemain dari Brazil itu bakal beraksi bersama Adriano Narcizo, Manuel Ott dan Sony Norde untuk menggempur pintu gol lawan, manakala Jang Suk-won terus diberi tanggungjawab mengemudi benteng pertahanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya