MONZA: Kemalangan yang menimpa dua musuh ketat, Lewis Hamilton dan Max Verstappen dimanfaatkan sepenuhnya oleh Daniel Ricciardo untuk muncul juara Grand Prix Formula Satu (F1) Itali sebentar tadi.
Malah, pasukan McLaren mengambil kesempatan penuh atas nasib malang dua pelumba teratas kejuaraan dunia itu apabila mengungguli kedudukan 1-2 selepas seorang lagi pemandu mereka, Lando Norris muncul naib juara.
Rakan Hamilton dalam pasukan Mercedes, Valtteri Bottas melengkapkan kedudukan ketiga.
Ricciardo, 32, mempamer pemanduan bertenaga selepas bermula dari petak kedua dan kemalangan dramatik di Monza yang berlaku ketika Hamilton keluar dari hentian pit dimanfaatkan sebaiknya.
Another hugely dramatic moment in the Verstappen/Hamilton title battle ??#ItalianGP ?? #F1 pic.twitter.com/P4J4bN6wX2
— Formula 1 (@F1) September 12, 2021
Verstappen berang kerana Hamilton tidak memberi ruang dan kemalangan itu akan disiasat oleh pegawai perlumbaan sebaik sahaja perlumbaan berakhir.
Kejayaan Ricciardo dan Norris adalah yang pertama buat McLaren dalam tempoh 11 tahun.
Pelumba Red Bull, Verstappen menerajui kedudukan keseluruhan dengan lima mata mengatasi juara dunia tujuh kali, Hamilton.