Red Giants mahu balas dendam - Utusan Malaysia

Red Giants mahu balas dendam

PEMAIN Selangor bersedia membuka buru baharu dengan melupakan dua kekalahan kepada Terengganu dalam aksi Liga Super apabila berentap pada saingan Piala Malaysia malam ini. – IHSAN SELANGOR FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tewas dua kali kepada Terengganu dalam Liga Super musim ini, Selangor mahu membalas dendam atas ‘tragedi’ tersebut apabila bertemu Sang Penyu dalam saingan Piala Malaysia, malam ini.

Pengendali Red Giants, Kartsen Neitzel berkata, beliau sedang mengintai kesebelasan utama yang lebih segar untuk misi memburu tiga mata di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

“Saya pun tidak ingat (tewas dua kali di Liga Super 2021). Apa pun kami mahu memungut tiga mata dalam perlawanan kali ini.

“Kami tahu tentangan yang diberikan amat sukar, ia satu cabaran besar buat pasukan,” katanya.

Juara 33 kali itu tewas 1-3 kepada Terengganu pada 9 Mac lalu, diikuti 1-2 di laman sendiri pada 9 Mei.

TERENGGANU FC sudah bersedia merobek gawang Selangor dan melakar kemenangan kedua berturut-turut malam ini. – IHSAN TERENGGANU FC

Neitzel turut menagih khid­mat beberapa tonggak, terutama Syahmi Safari yang tidak diturunkan ketika menewaskan Perak 1-0 kerana penggantu­ngan perlawanan.

“Saya sedang menunggu Aliff (Haiqal Lokman Hakim Lau) dan Syahmi yang digantung. Harap mereka dapat menyertai semula pasukan untuk perlawanan menentang Terengganu.

“Saya tidak memikirkan sa­ngat tiga tonggak Gergasi Merah seperti Halim Saari, Shahrel Fikri (Fauzi) dan ketua pasukan, Brendan Gan yang disisihkan kerana mereka perlu melalui pemulihan jangka masa panjang,” kata jurulatih dari Jerman itu.

Sementara itu, jurulatih Terengganu, Mohd. Nafuzi Zain akan menampilkan permainan berbeza berdepan Se­langor.

Jurulatihnya, Mohd. Nafuzi Zain akan melakukan pertukaran daripada kesebelasan utama yang menumpaskan Kuching City 2-0, Ahad lalu de­ngan tumpuan terarah kepada menyekat pergerakan penjaring terbanyak Liga Super, Ifedayo Olusegun.

“Selangor pasukan pilihan dalam Piala Malaysia, namun kami akan beri tenta­ngan dan turun dengan misi memburu tiga mata,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya