MILAN: Fabio Quartararo mahu bangkit daripada kekecewaan dengan pendahulu kejuaraan MotoGP itu sedang mengintai kejuaraan di GP San Marino manakala Francesco Bagnaia mencari kemenangan kedua.
Quartararo melihat kelebihan mata pendahulunya berkurangan kepada 53 mata minggu lalu selepas menamatkan saingan di kedudukan kelapan di Aragon.
Pelumba berusia 22 tahun itu berharap dapat bangkit sebelum ke Misano, litar kegemaran Bagnaia yang kini merupakan pencabar terdekat Quartararo selepas muncul juara di Sepanyol, minggu lalu.
Pelumba Ducati, Bagnaia yang juga merupakan anak didik kepada Valentino Rossi, percaya dia mampu memintas kelebihan Quartararo.
“Apa yang berlaku sudah berlaku. Ini adalah biasa apabila kelebihan mata berkurang dan ia akan naik semula. Saya tidak bimbang dengan itu.
“Saya hanya ingin fokus kepada perlumbaan hujung minggu ini. Saya suka berlumba di Misano dan akan berlumba di sini dua kali, jadi saya sangat teruja,” katanya.-AFP