Piala Malaysia 100 tahun: Kisah Haris 'terbang' naik helikopter terpahat dalam sejarah - Utusan Malaysia

Piala Malaysia 100 tahun: Kisah Haris ‘terbang’ naik helikopter terpahat dalam sejarah

Haris Safwan Kamal mencipta sejarah Piala Malaysia apabila menaiki helikopter dari Petaling Jaya ke Kangar untuk beraksi dalam separuh akhir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain diterbangkan dengan helikopter antara detik bersejarah dalam Piala Malaysia dan individu itu adalah penyerang Selangor MPPJ FC, Haris Safwan Kamal.

Untuk memandu dari Universiti Malaya (UM) ke Kangar, ia akan memakan masa lebih lima jam, sementara menaiki pesawat akan membawanya terlebih dahulu mendarat di Lapangan Terbang Alor Setar.

Tiada pilihan lain, MPPJ yang menagih kudrat pemain berusia 20 tahun itu dan akhirnya menyewa helikopter khas untuk ‘menerbangkan’ Haris dari Petaling Jaya terus ke Kangar.

Peristiwa itu memahat sejarah dan dia muncul pemain pertama di Malaysia yang dibawa menaiki helikopter ketika separuh akhir kedua di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar.

MPPJ memahat sejarah sebagai kelab pertama menjuarai Piala Malaysia.

Haris bertolak sejurus tamat peperiksaan akhir semester pertama di UM pada pukul 5 petang dan tiba di Kangar 6.50 petang iaitu beberapa jam sebelum sepak mula antara Perlis dan MPPJ FC.

Pemenang Kasut Emas Liga Perdana 2007 dan 2009 itu pada awalnya memohon untuk mengambil peperiksaan di Kangar, namun permohonannya ditolak oleh UM.

Perlawanan berakhir dengan seri 1-1, yang menyaksikan Phillimon Chepita dan Juan Manuel Arostegui menjaringkan gol buat pasukan masing-masing.

Skuad bimbingan Dollah Salleh layak ke final dengan agregat 4-2 selepas melakar kemenangan 3-1 pada separuh akhir pertama, sebelum memahat sejarah muncul kelab pertama menjulang Piala Malaysia 2003 dengan menumpaskan Sabah 3-0 hasil ledakan hatrik Arostegui.

Pada awalnya, MPPJ dijangka ‘bungkus’ awal selepas diundi bersama Selangor, Sabah dan Pulau Pinang, namun mereka berjaya melepasi peringkat kumpulan ini, suku akhir, separuh akhir sebelum bergelar juara.

Kisah Haris dan kehebatan MPPJ menjulang trofi berprestij itu akan sentiasa terpahat dalam sejarah terhebat Piala Malaysia.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya