MONTREAL, Kanada: Petinju muda Mexico, Jeanette Zacarias Zapata meninggal dunia akibat kecederaan serius di kepala lima hari selepas tumbang dalam pertarungan.
Zapata, 18, bertarung dalam kategori
welterweight pada kejohanan Tinju Antarabangsa GYM Gala di Stadium IGA, Montreal malam Sabtu lalu.
Dia menentang petinju Quebec, Marie-Pier Houle tetapi tumbang dan tidak sedarkan diri di hujung pusingan keempat.
“Kami dimaklumkan oleh wakil keluarganya, yang Jeanette Zacarias Zapata meninggal dunia pada jam 3.45 petang tadi,” kata promoter pertandingan,
Groupe Yvon Michel dalam satu kenyataan.
— Yvon Michel (@yvonmichelGYM) September 3, 2021
Tumbukan kiri dan kanan Houle membuatkan Zapata tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital.
“Tinju mempunyai banyak risiko dan bahaya. Ini tugas kami, minat kami.
“Mencederakan lawan dengan serius bukan sebahagian daripada perancangan saya,” kata Houle. – AGENSI