Perak akhirnya lakar kemenangan - Utusan Malaysia

Perak akhirnya lakar kemenangan

PENYERANG Perak FC, Nana Poku meraikan jaringannya ketika menentang Sabah FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak menutup tirai Liga Super 2021 dengan kemenangan 2-1 ke atas Sabah FC di Stadium Perak di sini sebentar tadi.

Dengan kemenangan itu, Bos Gaurus berjaya mengekalkan kedudukan di tangga ke-11 untuk mengatasi UiTM, sekali gus layak ke Piala Malaysia.

Pada perlawanan tadi, Nana Poku muncul wira pasukan apabila menjaringkan dua gol pada setiap babak.

Penyerang dari Ghana itu menjaringkan gol pertama pada minit ke-19 dan menambah luka pelawat pada minit ke-69.

Sabah merapatkan jurang melalui jaringan Taesu Park pada minit ke-83 tetapi ia nyata sudah terlambat untuk menyelamat perlawanan.

Tanpa sebarang kemenangan dalam lapan perlawanan Perak FC, Perak mempamer permainan kemas dan tersusun untuk mengenakan tekanan kepada pelawat.

Berbanding lapan perlawanan sebelum ini, Skuad bimbingan Mohd Shahril Nizam Khalil beraksi cemerlang di setiap bahagian.

Malah tuan rumah mampu menang sengan jurang lebih besar jika Muhammad Adib Abdul Ra’op dan Mohd Zulkifli Zakaria menyudahkan peluang yang diperoleh pada babak kedua.

Sabah hanya boleh menyalahkan diri sendiri kerana gagal menyudahkan peluang terbuka di penghujung perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya