Penyokong 'reda' Perak turun Liga Perdana - Utusan Malaysia

Penyokong ‘reda’ Perak turun Liga Perdana

PEMAIN Perak jelas kecewa selepas Melaka United menjaringkan gol kemenangan yang menyebabkan mereka tumpas 1-2, sekali gus terjerumus ke Liga Perdana musim depan. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Penyokong Perak FC dilihat dapat menerima hakikat pasukan mereka turun liga buat pertama kali setelah kalah 1-2 kepada Melaka United di padang lawan dalam perlawanan Liga Super semalam.

Tinjauan di Facebook Perak FC mendapati halaman rasmi pasukan itu tidak menjadi tempat penyokong melepaskan rasa kecewa, geram dan marah mereka di atas kegagalan bertahan dalam Liga Super.

Sebaliknya, penyokong dapat menerima hakikat nasib pasukan mereka turun liga.

Penyokong memberikan kata-kata semangat dan tidak mahu lagi merapati sejarah hitam bola sepak Perak apatah lagi hanya beberapa bulan selepas pelancaran jersi baharu bersempena 100 tahun penubuhannya.

Seorang penyokong, Danial Asyraf menulis, Perak perlu bermula semula dari bawah.

Yariesyah Fadya pula meminta penyokong menerima kenyataan Perak FC memang tak ada rezeki musim ini.

ANTARA reaksi penyokong Perak di Facebook Perak FC.

“Sekarang ni kita build up team dari bawah, logo tu tukar yang asal balik. Import Augeuro je kekal, yang lain boleh balik ke tempat asal. Pemain muda kasi maintain, yang lain terserah kepada coach dan pengurusan. Sekadar pendapat saja,” katanya.

Muhammad Fadzhirul Baharudin pula mengucapkan terima kasih kepada Pengurus Besar Perak FC, Azman Noh atau Cikgu Man yang berusaha gigih untuk menyelamatkan pasukan

“Tq cikgu, mana yang cikgu bantu pun ok dah. Apapun, bangkit balik tahun depan. Saya harap cikgu mula dengan penstrukturan gaji dulu sebab gaji player tak padan dengan kualiti, Mungkin boleh bagi gaji yang setara dgn kualiti pemain,” katanya.

Hanafie Fai pula mahu Perak belajar dari kedah.

“Kedah turun Perdana and comeback,” katanya.

Penyokong, Syed Najib pula berharap pasukan fokus musim 2022 dan pihak pengurusan baik Pafa dan Perak FC perlu utamakan pembangunan dan pemain muda serta sistem organisasi yang benar tersusun

“Jika tiada duit, berbelanja sederhana jangan ikut team yang berduit,” katanya.

Shafiq Munir dalam komennya berkata, Perak FC tak perlu malu beraksi dalam Liga Perdana.

“Main je liga perdana, nak malu apa, buat balik team, time ni la nak merasa angkat trofi Liga Perdana,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya