Pengadil buat keputusan tepat - FAM - Utusan Malaysia

Pengadil buat keputusan tepat – FAM

KAMIL ZAKARIA melayangkan melayangkan kad merah kepada penjaga gol Sarawak United, Sharbinee Allawee sewaktu perlawanan Liga Perdana menentang Negeri Sembilan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Jumaat lalu.- YOUTUBE MFL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan yang dilakukan pengadil, Kamil Zakaria sewaktu mengendalikan perlawanan Liga Perdana melibatkan Negeri Sembilan dengan Sarawak United pada Jumaat lalu adalah tepat.

Dalam saingan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur itu, Kamil melayangkan kad merah kepada penjaga gol Sarawak United, Sharbinee Allawee atas kelakuan ganas selain menghadiahkan sepakan penalti kepada Negeri Sembilan.

“Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melalui Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil mengesahkan bahawa keputusan pengadil (sepakan penalti dan kad merah) perlawanan pada malam itu adalah tepat.

“Perkara ini adalah selari dengan lunas Undang-Undang Bola Sepak 21/22 yang digariskan oleh IFAB, di bawah Undang-undang 12,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk S. Sivasundaram dalam satu kenyataan.

Justeru, beliau menggesa setiap pemain dan pegawai pasukan supaya menyalurkan aduan mengikut saluran yang tepat selain memberitahu, pihaknya sentiasa mengalu-alukan cadangan dalam usaha meningkatkan mutu pengadilan dalam Liga Malaysia.

“Pihak FAM ingin mengingatkan semua pemain dan pegawai pasukan membuat bantahan mengikut saluran yang betul.

“Tindakan agresif dan menyerang pegawai perlawanan adalah sesuatu yang ditegah dan mencemarkan imej bola sepak Malaysia.

“Bagi Jawatankuasa Pengadil FAM, setiap cadangan untuk penambahbaikan pengadil akan dinilai sebaiknya.

“Selain itu, tindakan sewajarnya juga akan diambil ke atas mana-mana pegawai perlawanan yang didapati terkhilaf dalam melaksanakan tugas,” katanyanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya