Pemain Selangor mahu ke JDT? - Utusan Malaysia

Pemain Selangor mahu ke JDT?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencetus kegusaran dalam kalangan peminat Selangor selepas mendedahkan ramai pemain Red Giants telah menghubungi beliau.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) mendedahkan perkara itu dalam sesi soal jawab bersama peminat di Instagramnya semalam.

“OK boleh tahan. Tapi sudah ramai menghubungi saya, termasuk pemain kesebelasan utama,” katanya ketika diminta memberi pandangan mengenai pemain muda Selangor.

Selain itu, TMJ turut ‘me­nyentuh’ pasukan Selangor ketika diminta memberi kata-kata buat peminat Arsenal yang sedang berdepan prestasi buruk dalam Liga Perdana Inggeris ketika ini.

“Bersabarlah. Kalau penyokong Selangor boleh kena janji palsu macam-macam de­ngan pihak pengurusan yang kononnya berkelas dunia selama lima tahun tapi habuk pun tak ada, takkan penyokong Arsenal tak boleh tunggu,” katanya.

Ditanya mengenai pasukan mana dalam Liga Malaysia (Liga M) mempunyai potensi besar selain JDT, TMJ menegaskan bahawa semua pasukan memiliki potensi besar sekiranya diuruskan dengan cara yang betul.

Dalam perkembangan berkaitan, Tunku Ismail turut memberi bayangan Presiden dan Ketua JDT seandainya beliau membuat keputusan mengundur diri.

Beliau memuatnaik gambar Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim selepas netizen bertanya soalan ‘jika Tunku tinggalkan JDT siapa yang Tunku cari untuk mengganti tempat Tunku.’

Tunku Ismail mendedahkan beliau dalam situasi 50-50 sama ada ingin terus menerajui kelab JDT atau melepaskan kepada individu lain yang akan meneruskan legasi kelab berkenaan.

Sejak ditransformasi pada 2013, JDT berjaya menjua­rai 18 trofi dengan lapan Liga Super berturut-turut, enam Piala Sumbangsih, dua ­Piala Malaysia dan masing-ma­sing satu Piala FA dan Piala AFC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya