MELAKA: “Negeri Sembilan masih ada harapan.”
Itu penegasan jurulatih, K. Devan setelah pasukannya tewas 0-2 kepada Melaka United dalam aksi pembukaan Piala Malaysia kelmarin.
Kata Devan, kekalahan itu belum menutup peluang skuad Jang untuk mengisi salah satu daripada dua tempat ke suku akhir dari Kumpulan C.
Katanya, walaupun baru bergelar juara Liga Perdana, namun Negeri Sembilan bukan pasukan pilihan berbanding Kedah dan Melaka.
“Perlawanan menentang Kelantan United di tempat lawan, Khamis ini adalah misi penting buat Negeri Sembilan.
“Kalau mahu layak ke suku akhir, kami perlu menang selesa,” katanya.
Berdasarkan rekod pertemuan dengan pasukan Liga Perdana itu, kelebihan memihak kepada Negeri Sembilan.
“Kita ada pengalaman menentang mereka. Kali ini pemain tidak ada pilihan walau apa terjadi kemenangan harus dicari untuk hidupkan peluang ke suku akhir,” ujarnya.
Mengulas lanjut mengenai kekalahan kepada skuad Sang Kancil jurulatih itu akui pemainnya tidak bermain pada tahap sebenar.
Mengulas lanjut mengenai kekalahan kepada skuad Sang Kancil jurulatih itu akui pemainnya tidak bermain pada tahap sebenarnya.
Ujarnya, pada babak pertama pemain hilang punca namun bangkit mengawal permainan pada babak kedua tetapi jentera serangan tidak menemui sentuhan jaringan.
“Saya akui Melaka memang layak untuk menang. Mereka bertahan dengan baik dan memanfaatkan peluang apabila memperolehi dua gol,” ujarnya.