Nur Syaiful mara ke final 50m gaya bebas - Utusan Malaysia

Nur Syaiful mara ke final 50m gaya bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nur Syaiful Zulkafli sudah melupakan dua kekecewaan yang dialami sebelum ini apabila melangkah ke final acara renang 50 meter (m) gaya bebas S5 Sukan Paralimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.

Turun dalam saringan pertama, Nur Syaiful menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga dengan catatan masa 33.46 saat (s), sekali gus akan beraksi di final petang ini.

Dua perenang China, Tao Zheng (31.81s) dan Lichao Wang (33.02s) mengungguli kedudukan 1-2.

Minggu lalu penyertaan Nur Syaiful dalam 200m gaya bebas S5 dibatalkan kerana kesilapan teknikal, menampal pita pelekat di bahu akibat bisul.

Ahad lalu dia sekali lagi ditimpa malang selepas penyertaannya dibatalkan buat kali kedua kerana menyelam terlalu lama dan tidak naik ke permukaan air dalam jarak 15 meter awal.

Nur Syaiful sebelum ini mara ke peringkat akhir 100m gaya bebas S5 Khamis lalu selain turut mencatat satu minit 15.12 saat (s) untuk memperbaiki catatan masa peribadi terbaik 1:15.39s yang dilakukan dalam Kejohanan Dunia di London pada 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya