Nafuzi sedia tanggung akibat - Utusan Malaysia

Nafuzi sedia tanggung akibat

PEMAIN Terengganu FC (baju putih) melangkah lemah melihat pemain JDT meraikan jaringan Shane Lowry dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak kelmarin. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Tiga kekalahan berturut-turut Terengganu FC yang menipiskan peluang mereka untuk muncul naib juara Liga Super meletakkan kedudukan pe­ngendalinya, Mohd. Nafuzi Zain menjadi tanda tanya.

Bermula baik di awal musim, Penyu bagaimanapun menunjukkan aksi tidak konsisten di pertengahan serta penghujung, malah kekalahan 0-1 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman sendiri kelmarin menyukarkan peluang mereka untuk mencabar kedudukan kedua liga.

Kata Nafuzi, dia menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk menentukan nasibnya selaku ketua jurulatih selepas diberikan surat tunjuk sebab sebelum aksi menentang JDT.

NAFUZI Zain (kanan) melihat pemainnya, Mohd. Faiz Nasir (putih) dikawal ketat dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid (kiri) dan Corbin-Ong di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, kelmarin. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI

“Saya bertanggungjawab terhadap keputusan perlawanan sebelum ini, pada saya situasi itu normal dalam bola sepak dan menerima apa jua keputusan mereka.

“Apa yang penting sekarang adalah memastikan moral pemain kekal bersemangat dan mereka gembira dengan suasana dalam pasukan,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan menentang JDT di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kelmarin.

Nafuzi berkata, walaupun di­aibkan tiga kali berturut-turut, namun masih belum menutup peluang Terengganu untuk berada dalam kelompok atasan liga yang berbaki satu perlawanan lagi.

“Terengganu bersaing di kedudukan teratas dan bukan di zon penyingkiran, walaupun mengalami rentetan kekalahan, tetapi kami masih berpeluang memburu tempat terbaik.

“Kita bukan pasukan segera, malah kebanyakan pemain tidak dikenali tetapi kita konsisten bersaing di kedudukan kedua atau ketiga teratas liga.

“Dengan apa yang ditunjukkan pemain-pemain, saya cukup berbangga dengan mereka sejak dari mula bersama dengan pasukan tahun lalu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya