Liverpool sedia guna senjata ‘RM208 juta’ - Utusan Malaysia

Liverpool sedia guna senjata ‘RM208 juta’

IBRAHIMA Konate (tengah) bersedia memperkuatkan benteng Liverpool menentang Crystal Palace dalam saingan Liga Perdana Inggeris hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jurgen Klopp bersedia menurunkan Ibrahima Konate buat kali pertama sama ada menentang Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris hari ini atau Norwich City pada saingan Piala Liga, Rabu depan.

Bek tengah Perancis itu belum membuat sebarang penampilan sejak tiba di Anfield dari RB Leipzig pada harga 36 juta (RM208 juta) musim ini.

Klopp memilih Joe Gomez dalam kesebelasan utama buat kali pertama selepas hampir setahun ketika menumpaskan AC Milan 3-2 pada saingan Liga Juara-Juara kelmarin, dan merehatkan Virgil van Dijk.

Menurut portal sukan, The Athletic, Konate, 22, dijangka membuat kemunculan pertama pada bila-bila masa kerana sudah bersedia.

Liverpool ditimpa isu kecederaan serius musim lalu selepas Van Dijk dan Gomez terpaksa berehat panjang, manakala Joel Matip sering disisihkan memaksa Fabinho bertindak sebagai bek tengah.

“Saya gembira kami sudah bersedia menambah kualiti Ibrahima dalam skuad dan saya sudah lama mengagumi pemain ini. Saya nampak potensinya sejak dia bermain di Sochaux,” kata Klopp.

Reds masih belum kalah dalam empat perlawanan pembukaan liga setakat ini dan berkongsi 10 mata bersama pendahulu, Manchester United. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya