Liverpool lega Alisson, Fabinho ‘dilepaskan’ - Utusan Malaysia

Liverpool lega Alisson, Fabinho ‘dilepaskan’

ALISSON (kiri) dan Fabinho akhirnya mendapat kebenaran untuk beraksi buat Liverpool menentang Leeds United dalam saingan Liga Perdana Inggeris hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp menarik nafas lega apabila duo Brazil, Alisson Bekcer dan Fabinho mendapat ‘lampu hijau’ untuk beraksi menentang Leeds United dalam saingan Liga Perdana Inggeris hari ini.

Semalam, Brazil menarik semula permohonan yang dibuat kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) susulan keengganan kelab-kelab Liga Perdana Inggeris melepaskan pemain mereka untuk kelayakan Piala Dunia 2022.

Lima kelab EPL, Liverpool, Manchester United, Manchester City, Chelsea dan Leeds enggan melepaskan pemain untuk tugasan antarabangsa kerana tempoh kuarantin panjang di England menyebabkan mereka bakal terlepas beberapa perlawanan.

Memandangkan Brazil dalam senarai merah, mereka yang baru pulang dari negara itu perlu menjalani kuarantin 10 hari apabila pulang ke England.

LEEDS United juga dapat menurunkan Raphinha untuk berdepan Liverpool.

Penyerang Brazil, Firmino turut berdepan pergantungan tersebut, namun tidak dikira selepas dia terlebih dulu diketepikan kerana masalah hamstring.

Dalam sidang akhbar kelmarin, Klopp mengakui sangat kecewa dan tidak mempunyai idea jika kehilangan duo Brazil tersebut.

“Saya tahu Bobby (Firmino) tidak dapat diturunkan kerana kecederaan. Pemain lain, saya tidak tahu.

“Saya tiada idea untuk menyelesaikan masalah ini. Buat masa sekarang, sangat penting untuk saya melihat pilihan lain yang ada,” kata Klopp.

Liverpool akan bertandang ke Elland Road dengan rekod tanpa kalah dalam lapan pertemuan menentang Leeds.

Bagaimanapun pertemuan terakhir kedua-dua pasukan sengit apabila mereka diikat 1-1 musim lalu.

Tindakan FIFA membatalkan larangan terhadap kelab EPL bermakna Leeds juga dapat menurunkan pemain sayap Brazi, Raphinha. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya