Kepulangan wira-wira negara disambut meriah - Utusan Malaysia

Kepulangan wira-wira negara disambut meriah

KEPULANGAN wira-wira Paralimpik Malaysia disambut meriah di KLIA, Sepang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Bukan hanya Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan timbalannya, Datuk Seri Ti Lian Ker menyambut kepulangan wira-wira negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini, malah dua bekas menteri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut memberi penghormatan kepada atlet para negara yang pulang dari Tokyo.

Paling mencuri tumpuan pastinya ketibaan ‘juara di hati rakyat Malaysia’, Muhammad Ziyad Zolkefli yang terpalit dengan kontroversi pingat emasnya dalam acara lontar peluru dibatalkan hingga mengundang simpati jutaan peminat sukan negara.

Turut pulang ke tanah air hari ini adalah atlet yang telah melakar kejutan terbesar di Sukan Paralimpik Tokyo, Chew Wei Lun yang memenangi pingat perak tidak diduga dalam saingan boccia.

JAGUH boccia, Chew Wei Lun antara atlet para yang tiba dari Tokyo.

Turut kumpulan atlet yang tiba adalah Siti Noor Lasah Mohammad Ariffin (olahraga) dan Muhammad Nur Syaiful Zulkafli (renang), selain empat jurulatih.

Mereka tiba pada pukul 5.45 petang tadi dengan penerbangan MH9117 dari Narita, Jepun.

Faizal tetap berbangga dengan kesungguhan dan pengorbanan atlet para negara yang telah bermati-matian berjuang di Tokyo.

“Paling mencuri tumpuan pastinya kejutan yang dilakukan Chew Wei Lun selepas membawa pulang pingat perak dalam acara boccia meskipun tidak diletakkan sebagai prospek pingat.

“Untuk acara lontar peluru yang tidak dapat menghadiahkan pingat kepada negara kerana insiden yang berlaku, namun pencapaian Ziyad adalah di luar jangkaan kerana telah memecahkan rekod dunia dalam acara berkenaan.

“Bagi saya, atlet para negara sebenarnya telah memberikan persaingan yang sengit dan terbaik dalam temasya sukan berprestij tersebut.

“Saya yakin bahawa semua atlet para negara tetap menjadi juara di hati Keluarga Malaysia,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya