Kemampuan Salah meledak gol makin 'menggila' - Utusan Malaysia

Kemampuan Salah meledak gol makin ‘menggila’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORTO: Bekas penyerang Liverpool, Peter Crouch berkata, kehebatan Mohamed Salah menjaringkan gol semakin ‘menakjubkan’ selepas bintang Mesir itu menambah dua lagi jaringan ketika membantu Reds membenam Porto 5-1 dalam aksi Liga Juara-Juara di tempat lawan awal pagi tadi.

Liverpool juga menyaksikan trio Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane kembali mengganas apabila Firmino turut meledak dua gol, manakala Mane menambah satu jaringan untuk membawa pasukan ke tangga teratas Kumpulan B.

Masih segar dengan kejayaan meledak 100 gol Liga Perdana daripada 151 penampilan bersama Reds hujung minggu lalu, Salah membuktikan mengapa dia berhak menuntut kenaikan gaji apabila terus menampilkan aksi menakjubkan di depan gawang.

TIGA hari selepas meledak gol ke-100 Liga Perdana bersama Liverpool, Mohamed Salah menambah dua lagi jaringan ketika membantu Reds menang 5-1 di Porto. – AFP

Kata Crouch, kemampuan Salah saban hari semakin ‘gila’ dan dia tidak terkejut jika pemain itu berjaya memecah lebih banyak rekod.

“Statistik membuktikan dia mengatasi Alan Sheare, Harry Kane dan Sergio Aguero dalam Liga Perdana. Dia benar-benar dihargai oleh pasukannya.

“Dia meneruskan rentak hebat musim lalu. Biarpun berdepan kesukaran pada awal musim lalu, tetapi Salah bangkit dengan jaringan-jaringan menakjubkan, muncul penjaring terbanyak dan ia memang luar biasa,” kata Crouch ketika menjadi pengulas BT Sport.

Kata bekas penyerang England itu, Salah mampu menjaringkan pelbagai jenis gol dari sudut berbeza, dan itu menjadikan dia pemain yang sukar untuk disekat.

“Jumlah gol yang disempurnakan juga saban hari semakin gila,” katanya.

Secara keseluruhan, Salah sudah meledak lima gol dalam enam perlawanan Liga Perdana setakat ini.

Dalam aksi di Porto hari ini, Liverpool memberi penghormatan terbaik kepada Roger Hunt dengan mencatat kemenangan kedua berturut-turut dalam saingan Liga Juara-Juara selepas menewaskan AC Milan 3-2 minggu lalu.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp mengenakan lilitan hitam di pergelangan tangan selepas bekas penyerang kelab, Hunt meninggal dunia pada usia 83 tahun.

TRIO Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane kembali menggegar.

Hunt adalah sebahagian daripada pemenang Piala Dunia 1966 bersama England dan pemegang rekod penjaring terbanyak Liverpool pada saingan liga dengan 244 gol.

“Roger Hunt amat penting dalam sejarah Liverpool FC,” kata Klopp.

Tiga hari selepas menjaringkan gol ke-100 di Liga Perdana ketika seri 3-3 dekat Brentford, Salah mengekalkan prestasi cemerlangnya musim ini dengan gol pembukaan pada separuh masa pertama.

Pemain sayap Senegal, Mane menambah gol kedua sekali gus gol keempat peribadi musim ini dan Salah kemudian menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-60.

Porto yang seri 0-0 dengan Atletico Madrid pada aksi pembukaan peringkat kumpulan merapatkan jurang menerusi Mehdi Taremi.

Begitupun, Firmino memastikan kemenangan selesa dilakar Reds apabila menambah dua lagi jaringan sensasi pada minit ke-77 dan 81.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya