Kelab Liga Perdana terima padah? - Utusan Malaysia

Kelab Liga Perdana terima padah?

ENAM kelab Liga Perdana bakal kehilangan bintang Eropah jika FIFA menerima tuntutan Persatuan Bola Sepak Brazil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal berdepan larangan menggunakan pemain Brazil dalam kancah saingan itu selepas berakhir jendela perlawanan antarabangsa FIFA.

Persatuan Bola Sepak Brazil (CBF) menuntut Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengambil tindakan berkenaan terhadap enam kelab EPL iaitu Liverpool, Chelsea, Leeds United, Everton, Manchester City dan Manchester United.

Ia berikutan keengganan ­semua kelab tersebut melepaskan pemain-pemain mereka menyertai skuad kebangsaan Brazil bagi mengharungi perlawanan antarabangsa.

Jika badan induk bola sepak antarabangsa itu menerima tuntutan Brazil, bermakna keenam-enam kelab ini tidak akan dapat menggunakan pemain Brazil yang berkuatkuasa selama lima hari.

Bermakna, untuk perlawanan minggu pertama selepas kempen EPL kembali bersambung pada 11 September ini, keenam-enam pasukan tersebut terpaksa melupakan khidmat pemain Brazil untuk diturunkan.

Liverpool bakal kehilangan trio Brazil iaitu Roberto Firmino, Alisson dan Fabinho manakala City tidak dapat menggunakan Gabriel Jesus.

Sementara itu, Chelsea tidak dapat menggunakan Thiago Silva dan Manchester United tanpa Fred manakala Everton, Richarlison dan Leeds, Raphinha.

Keenam-enam kelab itu berkeras untuk tidak melepaskan pemain mereka susulan peraturan yang menyaksikan mana-mana pemain yang pulang dari negara zon merah diwajibkan menjalani tempoh kuarantin 10 hari di hotel sebelum kembali bersama pasukan.

Bagaimanapun Aston Villa dan Tottenham mengambil pendekatan berbeza apabila melepaskan pemain mereka iaitu Emi Marti­nez, Emi Buendia, Cristian Romero dan Giovani Lo Celso untuk bersama Argentina.

Dalam pada itu, FIFA berminat untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan United Kingdom bagi membincang kelonggaran diberikan kepada pemain, supaya masalah sama tidak timbul pada masa akan datang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya