Kedudukan Koeman makin terancam - Utusan Malaysia

Kedudukan Koeman makin terancam

REAKSI Ronald Koeman ketika Barcelona menentang Benfica dalam saingan Liga Juara-Juara di Stadium Luz, Lisbon hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON: Ronald Koeman mengakui, dia tidak tahu apa akan berlaku kepadanya selepas Barcelona dimalukan sekali lagi dengan kekalahan besar 0-3 kepada Benfica dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Kekalahan kedua berturut-turut, selepas tewas 0-3 kepada Bayern Munich di laman sendiri pada perlawanan pembukaan menyebabkan gergasi bola sepak Sepanyol itu menduduki tangga tercorot Kumpulan E, keputusan terburuk mereka sejak 2000.

Barcelona akan berdepan Atletico Madrid dalam saingan La Liga, Sabtu ini dengan media Sepanyol melaporkan lembaga pengarah kelab akan bermesyuarat bagi memutuskan nasib jurulatih dari Belanda itu.

“Melihat kepada sikap pemain, saya dapat merasakan sokongan mereka, selain daripada itu saya tidak tahu.

“Saya tidak dapat komen tentang kelab kerana saya tidak boleh jawab soalan ini (masa depan). Ia bukan di bawah kuasa saya dan saya tidak tahu apa yang kelab fikirkan,” kata Koeman.

Barcelona hanya menang satu daripada lima perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan yang menyaksikan kelab itu hanya menduduki tangga keenam La Liga.

Dalam aksi di Stadium Luz awal pagi tadi, Darwin Nunez meledak dua kali buat Benfica, termasuk menerusi sepakan penalti, manakala Rafa Silva menambah satu jaringan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya