Kedudukan keenam KL City amat memuaskan - Hodak - Utusan Malaysia

Kedudukan keenam KL City amat memuaskan – Hodak

PENYERANG JDT, Safawi Rasid dijatuhkan pemain pertahanan KL City, Muhamad Irfan Zakaria dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Menamatkan saingan di tangga keenam sudah cukup memuaskan hati pengendali Kuala Lumpur (KL) City, Bojan Hodak, sekali gus mencapai objektif kelab untuk kekal bersaing dalam Liga Super musim depan.

Beliau juga tidak menyangka pasukannya mampu meraih pencapaian yang membanggakan berada di kedudukan ‘top half’ liga dengan bajet kelab yang kecil.

“Ketika saya mengambil cabaran menjadi ketua jurulatih kelab ini, sasaran yang ditetapkan Ketua Pegawai Eksekutif hanyalah mengelak tersingkir ke Liga Perdana dan kekal di liga utama.

“Setelah melalui beberapa perlawanan, pemain baharu yang dibawa masuk sudah menampakkan keserasian ketika memasuki pusingan kedua liga dengan melalui 11 perlawanan tanpa kalah sehinggalah tewas pada malam ini.

“Kami berjaya mengutip 20 mata ketika saingan liga bersambung dan ini adalah prestasi memberangsangkan bagi skuad kerdil seperti kami. Harapnya prestasi ini dapat diterjemahkan dalam saingan merebut Piala Malaysia nanti,” ujarnya.

PENYERANG JDT, Bergson Da Silva dikawal ketat pertahanan KL City, Arif Shaqirin dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

Hodak turut berpuas hati dengan persembahan pasukan The City Boys itu biarpun tewas 1-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Baginya, tiada apa yang dapat disajikan pada perlawanan itu kerana apa-apa keputusan yang dicatatkan tidak mengubah kedudukan mereka dalam carta liga biarpun hampir mencuri satu mata.

“Kami turun tanpa tekanan berbanding JDT yang bersungguh-sungguh untuk menang dalam perlawanan itu. Malah kami juga turun tanpa separuh pemain utama antaranya tanpa kelibat Paulo (Josue) dan Hadin (Azman) yang disimpan untuk Piala Malaysia nanti.

“Hasrat kami untuk melebarkan rekod tanpa kalah kecundang bagaimana pun saya tetap gembira dengan keputusan tersebut. Pemain sudah beraksi dengan baik termasuk pemain pertahanan, Irfan Zakaria yang beraksi cemerlang mengekang pergerakan Bergson Da Silva,” katanya.

Bojan turut memuji aksi Izreen Izwandy yang berjaya merobek gawang JDT dan menaruh harapan tinggi terhadapnya yang dilihat menjadi pemain lebih berbisa di musim akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya