KBS tiada peruntukan untuk AYPG 2021 - Utusan Malaysia

KBS tiada peruntukan untuk AYPG 2021

AHMAD Faizal Azumu mengadakan lawatan di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) untuk menghantar atlet ke Sukan Para Remaja Asia (AYPG) 2021 yang dijadual berlangsung dari 28 November hingga 7 Disember depan di Bahrain mungkin perlu dipertimbangkan semula.

Ia berikutan maklum balas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang seakan-akan tidak merestui MPM yang ingin menghantar kontinjen besar berikutan tiada persiapan rapi dilakukan oleh atlet dan juga proses vaksinansi membabitkan remaja yang berusia 21 tahun ke bawah.

Ahmad Faizal yang ditemui ketika sesi lawatan rasmi ke Majlis Sukan Negara (MSN), semalam berkata, apabila sebarang perancangan atau perlaksanaan yang memerlukan sokongan daripada kerajaan, maka perancangan rapi perlu dilakukan.

“Kalau MPM nak hantar pasukan kita alu-alukan tapi untuk peruntukan ia tiada dalam perancangan KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dan MSN (Majlis Sukan Negara).

“Ini kerana ia melibatkan kos yang tinggi dan apabila nak gunakan duit rakyat persiapan perlu dibuat. Malah program vaksinasi membabitkan golongan remaja ini baru dijalankan,” katanya dalam sidang akhbar.

Tambah Faizal, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Presiden MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin untuk membincangkan perkara itu.

Terdahulu dalam satu kenyataan dikeluarkan, MPM berhasrat untuk membawa kontinjen seramai 41 atlet pelapis ke temasya empat tahun sekali itu dengan membabitkan atlet remaja Orang Kurang Upaya (OKU) dari umur 12 hingga 21 tahun.

Kesemua atlet ini bakal menyertai lapan daripada sembilan jenis sukan para yang dipertandingkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya