Juara 33 kali tumbang di Terengganu - Utusan Malaysia

Juara 33 kali tumbang di Terengganu

PEMAIN sayap Terengganu FC, Faisal Abdul Halim dikepung empat pemain Selangor ketika pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu FC terus mencatat permulaan sempurna dalam kempen Piala Malaysia apabila menumpaskan juara 33 kali, Selangor 2-1 pada perlawanan kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, sebentar tadi.

Skuad Sang Penyu yang menumpaskan Kuching City 2-1 dalam aksi pembukaan, Ahad lalu kini menerajui Kumpulan B dengan mengutip enam mata maksimum.

Tuan rumah membuka jaringan pada minit ke-23 selepas hantaran Faisal Abdul Halim gagal dibaca oleh pertahanan Selangor untuk Dechi Marcel melepaskan rembatan dari luar kotak.

Aksi babak kedua semakin sengit setelah Terengganu menjarakkan kedudukan 2-0 hasil gerakan Faisal dari sebelah kiri yang mudah disambar Lee Tuck pada minit ke-52.

Hasrat penyerang Terengganu, Jordan Mintah mencetak nama selaku penjaring tidak kesampaian apabila percubaannya pada minit ke-59 dan ke-60 dinafikan Mohd. Khairulazhan Khalid.

Mohamad Ashmawi Yakin merapatkan kedudukan 1-2 pada minit ke-75, dan Selangor menggandakan asakan menuju ke penghujung permainan dengan melakukan beberapa percubaan bahaya.

Bagaimanapun kebangkitan yang cuba dilakukan Red Giants sudah terlewat dan kedudukan 2-1 kekal hingga tamat perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya