Jangan 'simpan' Messi - Dias - Utusan Malaysia

Jangan ‘simpan’ Messi – Dias

LIONEL Messi (kanan) belum pasti dapat diturunkan menentang Manchester City akibat kecederaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Boleh difahami jika Manchester City gembira andai Lionel Messi tidak diturunkan apabila mereka berdepan Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi Liga Juara-Juara di Perancis esok.

Messi yang pernah dikaitkan dengan City dua tahun lalu menyertai PSG secara percuma musim ini selepas gagal memperbaharui kontrak di Barcelona.

Bintang Argentina itu terlepas dua aksi terakhir Ligue 1 menentang Montpellier kelmarin dan Metz, Khamis lalu akibat kecederaan lutut. Situasinya untuk berdepan City masih 50-50.

Semalam Messi kembali ke latihan, berita yang disambut gembira bek tengah City, Ruben Dias.

“Messi pemain yang luar biasa dan sebagai seorang profesional, sudah tentu saya mahu berdepan pemain seperti ini dalam perlawanan.

“Kalau boleh kami mahu dia beraksi, namun jika Messi tiada, (Kylian) Mbappe, Neymar atau (Mauro) Icardi tetap membentuk serangan bahaya bersama PSG.

“Mereka memiliki kekuatan di semua posisi.

“Pasukan ini membawa masuk banyak pemain bintang musim ini dan tampil berbeza berbanding pasukan yang kami temui tahun lalu,” kata Diaz.

RM572 JUTA BERBALOI?

JACK Grealish tidak sabar mahu membuktikan mengapa dia bernilai 100 juta pound.

Ketika tumpuan peminat di Parc des Princes terarah kepada Messi, Jack Grealish mempunyai misi bersama City, mahu membuktikan dia berbaloi dengan 100 juta pound (RM572 juta) yang dibayar skuad The Citizens kepada Aston Villa.

Membuat penampilan sulung Eropah dengan meledak gol ketika City membenam RB Leipzig 6-3, Khamis lalu, Grealish sedia me­ngukuhkan namanya di pentas elit dan menentang PSG masa terbaik buatnya menonjolkan kehebatan.

“Ia sangat menakjubkan memulakan kempen Eropah dengan kemenangan dan menjaringkan gol.

“Kami mempunyai ramai pemain berbakat dalam pasukan, jadi tidak sabar hendak menentang PSG,” kata Grealish, 26.

City menang 2-0 dalam pertemuan terakhir kedua-dua pasukan pada separuh akhir kedua Liga Juara-Juara, Mei lalu, namun sai­ngan kali ini berbeza kerana PSG bukan sahaja membawa masuk Messi, malah bekas kapten Real Madrid, Sergio Ramos serta bintang Liverpool, Georginio Wijnaldum yang mempunyai pengalaman luas di pentas Eropah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya