Jang enggan lepas peluang muncul juara - Utusan Malaysia

Jang enggan lepas peluang muncul juara

PEMAIN Negeri Sembilan sudah bersedia untuk mengecewakan Sarawak United malam ini dan selangkah menghampiri kejuaraan Liga Perdana.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Umpama aksi final!

Mungkin itu ungkapan paling tepat untuk memperkatakan mengenai pertemuan dua pasukan teratas Liga Perdana antara Sarawak United dan Negeri Sembilan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam ini.

Kemenangan akan mengesahkan Sarawak United muncul juara namun keputusan seri atau tiga mata buat Negeri Sembilan akan menyaksikan juara hanya akan ditentukan pada perlawanan terakhir yang berlangsung Selasa depan.

Perkara itu diakui penjaga gol Negeri Sembilan, Damien Lim Chien Kai yang menjangkakan pertemuan yang penuh epik dan mendebarkan membabitkan kedua-dua pasukan sepanjang 90 minit permainan.

Biarpun menghormati Sarawak United yang terdiri dari ramai pemain berpengalaman, Damien tidak mahu mereka merendah diri sebaliknya dia serta rakan yang lain bersedia berusaha lebih 100 peratus untuk menjinakkan lawan.

PEMAIN Negeri Sembilan menjalani latihan akhir semalam menjelang pertemuan menentang Sarawak united. – IHSAN NEGERI SEMBILAN FC

“Kami telah lakukan persiapan paling menyeluruh bagi menghadapi perlawanan ini dan suasana dalam pasukan begitu positif, sememangnya kami tiada pilihan lain iaitu wajib meraih tiga mata berdepan Sarawak.

“Jika menang, kami boleh memastikan peluang di tangan sendiri pada perlawanan terakhir liga sambil tidak perlu menunggu apa terjadi dengan Sarawak pada perlawanan terakhir.

“Saya memang hormati Sarawak kerana mereka mempunyai nama-nama besar seperti Sharbinee Allawee, Norshahrul Idlan Talaha, Sandro da Silva dan Taylor Regan serta skuad penuh berpengalaman, namun itu hanya semasa di luar padang dan apabila kami berdepan mereka esok (malam ini), kami akan berikan saingan sebaik mungkin dan tidak gentar untuk cuba meraih kemenangan,” katanya.

Trofi kejuaraan Liga Perdana masih terbuka selepas Kuching City meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Sarawak United, Selasa lalu yang menjadikan Negeri Sembilan yang berada di tangga kedua, masih kekal dua mata di belakang Sarawak.

Sementara itu, Terengganu FC II yang masih mempunyai baki tiga perlawanan juga memiliki harapan meraih kejuaraan jika menang dalam ketiga-tiga aksi selain mengharapkan Sarawak dan Negeri Sembilan secara keseluruhan tidak mencapai 38 mata serta perlu melihat perbezaan jaringan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya