Ibu Liek Hou anggap tugas sudah selesai - Utusan Malaysia

Ibu Liek Hou anggap tugas sudah selesai

CHEAH Liek Hou bersama pingat emas yang dimenangi dalam acara badminton perseorangan lelaki SU5 Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo. – IHSAN TOKYO 2020
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibu Cheah Liek Hou, Jap Joe Tjin menyifatkan tugasnya sudah selesai selepas anaknya berjaya merangkul pingat emas di Sukan Paralimpik ­Tokyo 2020.

Katanya, sebagai seorang ibu dia sangat berbangga dengan pencapaian anaknya itu terutama selepas banyak berkorban masa menjalani latihan untuk merealisasikan impiannya di pentas sukan terbesar itu.

Dia memberitahu, Liek Hou sememangnya menyukai sukan badminton sejak kecil dan dia memang mengimpikan kejayaan di Sukan Paralimpik selepas berjaya meraih kejuaraan dunia.

“Saya tidak pernah menganggap tanggungjawab saya selama ini sebagai beban atau cabaran kerana sebagai ibu saya mahu dia berjaya di peringkat tertinggi kerana dia merupakan seorang atlet.

“Saya senang hati dan berbangga kerana anak saya menjadi wira negara dan saya boleh cakap tugas saya sudah selesai selepas dia menang pingat emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020,” katanya yang turut menyaksikan kemenangan anaknya bersama menantunya, Dewi Fabriana.

Pada masa sama, Joe Tjin enggan memikirkan tentang hadiah kemenangan berjumlah RM1 juta yang bakal diterima Liek Hou kerana tidak mahu anak salah anggap terhadap dirinya.

“Itu RM1 Juta kita tidak berani bercakap mengenainya kerana paling penting dia menjadi juara dan kami tidak mengharapkan apa-apa daripada kemenangan dia.
“Saya tidak mahu dianggap sebagai mata duitan kerana hadiah ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya