Harimau Kumbang janji bangkit - Utusan Malaysia

Harimau Kumbang janji bangkit

TOMAS Trucha memberi arahan kepada pemain Penang FC ketika menentang Sarawak United dalam aksi Piala Malaysia di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang semalam. - IHSAN PENANG FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Dikejutkan 1-3 oleh pasukan Liga Perdana, Sarawak United dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A, Piala Malaysia kelmarin satu tamparan hebat buat Penang FC.

Bagaimanapun pengendali Harimau Kumbang, Tomas Trucha yakin pasukannya akan bangkit dalam perlawanan seterusnya dan kembali berada di landasan untuk memburu tiket ke peringkat kalah mati.

Katanya, biarpun Penang FC hanya memperoleh satu gol, namun itu tidak bermakna pasukan berada dalam keadaan yang ‘teruk’ dan mereka akan membuktikannya apabila berdepan Kuala Lumpur City (KL City), Rabu ini.

“Hari ini (semalam) bukan hari kami…kami perlu lakukan yang lebih baik, berdepan detik sukar menentang pasukan-pasukan terbaik liga.

“Pada masa pertama perlawanan, pasukan kami terlepas banyak peluang dan bangkit pada separuh masa kedua dengan memperoleh satu gol,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan semalam.

AKSI Sarawak United (jersi merah) dan Penang FC di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang berlangsung dalam keadaan padang becak serta hujan. – IHSAN PENANG FC

Sementara itu, pengendali Sarawak United, E. Elavarasan berkata, kejayaan meraih tiga mata dalam aksi pembukaan adalan permulaan terbaik untuk kekal cemerlang dalam kejohanan berprestij itu.

“Bagaimanapun perjalanan masih jauh dengan baki lima lagi perlawanan. Tahniah untuk pasukan kerana boleh bertahan dan mengekalkan kemenangan sehingga akhir  permainan.

“Keputusan ini penting untuk kami kumpul mata. Pasukan harus konsisten dalam berdepan dengan pasukan terbaik liga,” ujarnya.

Dalam aksi di Stadium Bandaraya, Sarawak memperoleh gol kemenangan menerusi Uche Agba (minit 47, 58) dan Khair Jefri Jones (54), manakala gol saguhati tuan rumah disempurnakan oleh Al Hafiz Harun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya