SOCHI: Juara Formula Satu (F1) dunia tujuh kali, Lewis Hamilton cemas seketika sebelum memohon maaf kerana terlanggar mekanik pasukan Mercedes secara tidak sengaja dalam sesi latihan Grand Prix Rusia kelmarin.
Pemandu Britain itu menyuarakan permohonan maaf kerana kelewatannya menekan brek ketika memasuki hentian pit pasukan Mercedes menyebabkan dia terlanggar jack (pengangkat) kereta yang dipegang krew berkenaan menyebabkan dia terjatuh.
Mekanik tersebut kemudian berlari ke arah belakang sambil menunjukkan isyarat dia dalam keadaan baik tetapi sedikit kerkejut.
“Maaf tentang perkara itu, adakah dia OK?,” tanya Hamilton.
Ouch*
A bit of a jaw-dropper as Lewis Hamilton went into the pits in FP2 – but no serious injuries ?#RussianGP #F1 pic.twitter.com/URR8bFjma8
— Formula 1 (@F1) September 24, 2021
Bagaimanapun, pasukan Mercedes mengesahkan bahawa ahli pasukannya tidak mengalami sebarang kecederaan namun tindakan itu meninggalkan kesan kepada Hamilton yang dihantui ketakutan.
“Saya percaya ini adalah kali pertama saya melakukan perkara sebegitu kepada mekanik selepas 14 tahun. Saya sangat risau.
“Syukurlah dia baik-baik saja. Dia cukup berani berdiri di depan kereta seperti itu.
“Kita semua melakukan kesilapan, ini adalah sebahagian dari perjalanan tetapi bagaimana kita kembali semula itu adalah lebih penting,” kata Hamilton.” – AGENSI