LONDON: Romelu Lukaku membuka akaun jaringan bersama Chelsea di pentas Eropah apabila tandukan bertenaganya membantu Blues menang tipis 1-0 ke atas Zenit St Petersburg dalam saingan Kumpulan H, Liga Juara-Juara di Stamford Bridge hari ini.
Juara bertahan itu gagal menunjukkan persembahan yang meyakinkan menentang kelab Rusia yang bertahan dengan baik.
Begitupun, jaringan Lukaku pada minit ke-69 sudah memadai untuk memberikan tiga mata berharga buat anak-anak buah Thomas Tuchel.
Tiada satupun percubaan tepat dilakukan Chelsea pada babak pertama, namun mereka memperbaiki permainan memasuki separuh masa kedua dengan aksi lebih menghiburkan.
Biarpun hanya satu gol berjaya terhasil, yang penting buat kelab London itu adalah mengutip tiga mata di laman sendiri. – AGENSI