PETALING JAYA: Lima tahun selepas Mohd. Faiz Subri menggegar dunia dengan jaringan cantik yang membolehkannya memenangi anugerah Puskas, Liga Malaysia (Liga M) kembali menjadi tumpuan selepas bintang Sabah, Park Tae-soo meledak gol ‘roket’ dalam aksi Piala Malaysia kelmarin.
Badan induk bola sepak dunia, FIFA berkongsi video jaringan pertahanan tengah Korea Selatan itu ketika dia membantu Sabah mengikat Petaling Jaya FC 1-1 dalam perlawanan pembukaan Piala Malaysia.
FIFA memuji jaringan kelas dunia yang dihasilkan Tae-soo, sekali gus memberi harapan kepada peminat bola sepak tempatan untuk melihat anugerah gol tercantik dunia, Pukas kembali ke Malaysia selepas 2016.
?♂️ Take a bow, Park Tae-su!
? There's nothing like a 40-yard rocket hitting the crossbar on its way into the net ?
?? One for the @SabahFCofficial history books ?pic.twitter.com/y9P3022AKO
— FIFA.com (@FIFAcom) September 28, 2021
“Tepukan buat Park Tae Su! Jaringan roket dari jarak 40 ela yang terkena palang sebelum memasuki gawang.
“Gol yang terpahat dalam buku sejarah Sabah FC,” tulis FIFA dalam Twitter.
Jaringan tersebut menarik perhatian pelayar Internet, bukan sahaja dalam kalangan penyokong tempatan, malah luar negara.
Tidak kurang juga ada yang menganggap jaringan itu layak memenangi Anugerah Puskas FIFA.
“Apa lagi, kasi hantar untuk Puskas la…Kalau FIFA dah post ni, mantol dah ni,” tulis pengguna akaun Twitter, Responsible Dude’s.
“Gol yang hebat! Sangat seronok melihat situasi begini dalam Liga Bola sepak Malaysia,” tulis linkin linkin.
“Tendangan torpedo yang jarang berlaku…cantik tapi brutal,” kata Reef Santos.
“Ia mengingatkan saya kepada apa yang berlaku kepada pemenang Puskas 2016,” tulis pemilik akaun Muhammad Muadzzim.