Empat pegawai perlawanan aksi N. Sembilan, Kelantan digantung - Utusan Malaysia

Empat pegawai perlawanan aksi N. Sembilan, Kelantan digantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat pegawai perlawanan yang mengendalikan aksi antara Kelantan FC menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 27 Ogos lalu digantung tugas selama tiga bulan.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd. Saifuddin Abu Bakar dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan badan induk itu hari ini.

Hukuman tersebut dijatuhkan terhadap keempat-empat pegawai perlawanan itu selepas perkara berkenaan dibincangkan oleh Jawatankuasa Pengadil FAM yang dipengerusikan Datuk S. Sivasundaram selaku Pengerusi Jawatankuasa tersebut.

“FAM menilai dan meneliti keseriusan insiden berkenaan dan selepas berbincang secara panjang lebar mengenai prestasi empat pegawai perlawanan yang bertugas pada perlawanan tersebut ketika mesyuarat itu tadi, Jawatankuasa Pengadil FAM telah membuat keputusan.

“Keempat-empat pegawai perlawanan tersebut telah digantung tugas selama tiga bulan berkuat kuasa serta-merta.

S. Sivasundaram

“Selepas tamat penggantungan itu, kesemua pegawai perlawanan tersebut seterusnya akan hanya dilantik untuk tugasan bagi perlawanan Piala Presiden dan Piala Belia selama sembilan bulan.

“Mereka juga akan dirujuk kepada Pegawai Pembangunan Pengadil Negeri dan Pengurus Pembangunan Pengadil FAM untuk mengikuti program penambahbaikan prestasi sebelum boleh dinaikkan semula bagi mengadili perlawanan Liga Perdana selepas tempoh tersebut.

“FAM berharap agar insiden yang telah berlaku ini akan menjadi pengajaran berguna kepada kesemua pengadil kebangsaan supaya menjalankan tugas dengan penuh fokus dan komited pada setiap perlawanan yang akan datang,” kata Saifuddin.

Terdahulu, Ahli Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebulat suara mengambil keputusan untuk mengekalkan keputusan aksi antara Negeri Sembilan berdepan Kelantan FC pada 27 Ogos lalu yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada tuan rumah.

Bagaimanapun, Kelantan FC bakal berdepan denda berdasarkan Artikel 2.1.2, Peraturan Pertandingan, Manual Liga Malaysia 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya