Dulu diejek cacat, Andrade kini ‘ketawakan’ si pembuli - Utusan Malaysia

Dulu diejek cacat, Andrade kini ‘ketawakan’ si pembuli

Lisbeli Marina Vera Andrade (kanan) ketika bersaing dengan Brittni Mason dari Amerika Syarikat dalam perlumbaan akhir 100 meter T47 wanita di Sukan Paralimpik 2020 di Stadium Tokyo semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Pernah menjadi mang­sa cacian di sekolah kerana kecacatan, Lisbeli Vera Andrade kini ‘mentertawakan’ semula pembuli selepas memenangi pingat emas Sukan Paralimpik 2020 Tokyo kelmarin.

Atlet Venezuela itu, yang mengakui hinaan tersebut mengganggu emosi dan kehidupan hariannya, mengungguli acara 100 meter (m) T47.

Perjalanan Andrade, yang kudung tangan kiri ke Sukan Paralimpik bermula ketika dia dikesan berlari di jalanan di bandar kediamannya di San Jose.

“Semasa di sekolah, saya sering diejek kerana tiada salah satu anggota badan. Sebab itu saya rasa sangat berlainan ke­rana ‘dipulaukan’.

“Saya sering mengunci diri di dalam rumah dan berkata, saya tidak mahu keluar.

“Cacian tersebut bagaima­napun menjadikan saya lebih matang kerana saya tahu saya perlu berdepan semua itu.

“Saya sedar saya tidak akan selalu dilindungi, maka saya perlu berdiri dengan kaki sendiri,” katanya yang berlari dalam hujan renyai.

Atlet berusia 20 tahun itu pada mulanya tidak sedar telah memenangi emas dan terkejut sebaik saja mengetahui dia adalah pemenang.

“Sangat sukar untuk menggambarkan perasaan ketika. Berjaya menghadiahkan emas untuk negara tercinta, sudah tentu ia sangat mengujakan.

“Semasa saya melepasi garisan penamat, saya tidak tahu bahawa saya menang.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan pe­rasaan ketika itu. Saya hanya percayakan diri saya untuk memenanginya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya