LONDON: Memulakan kempen dengan langkah sumbang, Manchester City bagaimanapun memberi amaran bersedia mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila melakar kemenangan ketiga berturut-turut dengan menumpaskan Leicester City 1-0 sebentar tadi.
Gol tunggal Bernardo Silva pada babak kedua sudah cukup menghadiahkan tiga mata penting buat skuad The Citizens dalam kunjungan ke tempat lawan.
Anak-anak buah Pep Guardiola tewas 0-1 kepada Tottenham dalam aksi pembukaan liga, namun bangkit memenangi tiga perlawanan berikutnya.
Mereka sebelum ini membelasah Arsenal dan Norwich 5-0 dalam dua perlawanan terakhir, sekali gus meraih motivasi terbaik menjelang aksi Liga Juara-Juara menentang RB Leipzig, Khamis ini. – AGENSI