Boleh tonton Piala Malaysia di stadium bermula 29 Oktober - Utusan Malaysia

Boleh tonton Piala Malaysia di stadium bermula 29 Oktober

KERINDUAN penyokong untuk menonton aksi Piala Malaysia di stadium bakal terubat apabila pintu stadium kembali dibuka pada 29 Oktober depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyokong bola sepak tempatan akhirnya dapat melepaskan rindu dan menikmati aksi Piala Malaysia edisi ke-100 di stadium bermula hujung bulan depan.

Saingan Piala Malaysia akan berehat selama sebulan bermula 30 September ini bagi memberi laluan kepada jendela FIFA melibatkan pasukan kebangsaan, sebelum perlawanan bersambung kembali pada 29 Oktober.

Kebenaran itu diumumkan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas pandemik menerusi satu kenyataan yang dibaca Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

“Membenarkan kehadiran penyokong/penonton ke tempat perlawanan sukan dan rekreasi di negeri Fasa 2, 3 dan 4 . Kehadiran ini meliputi sebelum, semasa dan selepas acara sukan dan rekreasi dengan syarat.

“Penyokong/penonton kena menerima vaksinasi lengkap, memakai pelitup muka sepanjang perlawanan serta tiada aktiviti makan dan minum sepanjang berada di stadium. Kanak-kanak bawah 18 tahun tidak dibenarkan untuk menonton ditempat acara sukan berlangsung,” kata kenyataan tersebut.

Terdahulu, Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab. Ghani Hassan percaya dan meletakkan keyakinan penuh bahawa ‘pintu’ kemasukan penonton kembali ke stadium akan dibuka tidak lama lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya