Beng Hee Ketua Jurulatih Skuasy AS - Utusan Malaysia

Beng Hee Ketua Jurulatih Skuasy AS

ONG Beng Hee kini beralih arah ke China untuk membuka akademi skuasy.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemampuan atlet Malaysia terus mendapat pengiktirafan antarabangsa selepas bekas pemain skuasy No. 1 negara, Ong Beng Hee dilantik sebagai Ketua Jurulatih Amerika Syarikat (AS) sejak minggu lalu.

Beng Hee, 41, yang sebelum ini menggalas tugas Ketua Jurulatih Qatar dilantik mengisi kekosongan ditinggalkan Paul Assaiante selepas 13 tahun bersama skuad berkenaan.

Pemenang dua pingat emas Sukan Asia dan bekas pemain No. 7 dunia itu akan berpangkalan di Pusat Kecemerlangan Skuasy AS Arlen Specter di Philadelphia.

“Saya sangat bangga dan gembira diberi peluang menjadi ketua jurulatih untuk skuad kebangsaan AS.

“Ini pencapaian terbesar saya sebagai jurulatih untuk memimpin program yang disokong dengan kemudahan yang hebat.

“Menjadi jurulatih di Specter Center seperti impian menjadi kenyataan bagi setiap jurulatih di dunia.

“Saya berterima kasih kepada keluarga Ganek, skuasy AS dan Paul Assaiante. Saya sudah lama mengenali Assaiante dan berharap dapat terus bekerjasama dengannya untuk membantu dan membina program yang lebih besar dan lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Skuasy AS.

Beng Hee mewakili Malaysia dalam empat temasya Sukan Asia dan dua Sukan Komanwel. Dia memenangi pingat emas Sukan Asia 2002 dan 2006.

Selepas bersara sebagai pemain pada 2015, dia mengetuai program skuasy Qatar sejak empat tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya