ARAGON: Memulakan perlumbaam dari petak pertama, Francesco Bagnaia mengenepikan juara dunia enam kali, Marc Marquez untuk menjuarai Grand Prix (GP) Motosikal Aragon sebentar tadi.
Ini adalah kemenangan pertama buat pelumba Ducati itu dalam kelas perdana selepas meraih 10 kejuaraan pada saingan Moto2 dan Moto3.
Juara bertahan, Joan Mir dari pasukan Suzuki melengkapkan podium ketiga.
Pelumba Yamaha, Fabio Quartararo yang sekadar menamatkan perlumbaan di tempat kelapan bagaimanapun kekal mendahului kedudukan pelumba dunia. – AGENSI